Terpaksa bergelut mengumpul modal untuk memulakan perniagaan sendiri pada 2019 bukanlah penghalang kepada seorang ibu muda untuk bergelar usahawan hanya dalam tempoh dua tahun.<br /><br />Bagi Siti Nor Khalieda Yusra Mohd Jais, 25, kekangan modal berikutan tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak sebaliknya menjadi pemangkin kepadanya untuk menghasilkan crepe ciptaan sendiri dinamakan Kieda Crepe.